Wednesday, March 31, 2010

Kelas Beading

Bulan Feb/Mac saya meluang masa mengajar buat bag manik.  Menganyam manik ni perlu kesabaran, kalau tak ada kesabaran tak kan menjadi.  Kalau buat salah kena lah buka dan buat semula.

 Sepasang kembar (Amila dan Amilah) sedang asyik menganyam manik

Amila (kakak) kalau buat salah dia akan buka dan buat semula - jenis yang strictly follow the rules.

Amilah (adek) jenis redah aja - janji siap dan menjadi beg.

Beg yang ini mengikut paten asal - Guess siapa yang punya beg ni !

 Beg yang ni pula kena tukar style - kerana hitungan tak cukup (main redah aja) tapi not bad masih nampak menarik hanya kalau buat closeup nampak lah cela nya .  And guess siapa tuan punya beg ni ! 

Friday, March 12, 2010

Legasi Ibu.

Mengait renda adalah salah satu daripada legasi penginggalan arwah ibu pada saya.  Saya mula mengait renda ni pada umur yang agak muda sekitar  enam tahun.  Handicraft renda ini agak bermusim bagi saya, contohnya dalam sebulan kebelakangan ni saya mengajar anyaman manik - jadi sambil mengajar saya mengait renda.

Ini dia hasil terapi minda saya...


Coasters untuk teapot dan mug.

Thursday, March 11, 2010

Hari2 yang berlalu.........

Semakin hari saya semakin malas nak update blog ni. Bukan nya tak ada buat apa2 - sebenarnya terlalu banyak yang nak di buat hingga kan saya tak tahu yang mana satu nak di dahului. Pabila kepala dah berserabut terapi yang terbaik untuk saya ialah - HANDICRAFTS. Tak kiralah, buatlah apa2 aje, asalkan menyenangkan hati dan mata. Kebelakangan ni pula saya menerima tempahan buat carrier untuk buku persediaan mengajar.......mesin jahit pulak meragam.....huuhuuu huahuaaa. Nak minta beli yang baru agaknya......geng, geng.....kesian hubby!

Salah satu daripada hasil terapi minda saya.....layan je.


Oopps......Quality Control !



Drawstring Batik Tote Bag - Patern dari buku jepun.