Saturday, April 3, 2010

Crochet : Friendship Bag



Beg ni saya buat khas untuk Fida ,  coz kesian Fida friendship beg dia tak timbul (both of us joined the friendship bag swap).  Saya bernasib baik ada menerima FBS yang di kirim dari US. FBS saya, yang saya kirim ke Norway (dari ems tracking yang saya buat) dah lama sampai tapi si penerima sepatah kata pun tak khabar kan kat saya. Seharusnya beg ni dibuat dari kain ala2 patchwork gitu, tapi di sebabkan mesin jahit saya meragam terpaksa lah saya buat dalam bentuk crochet.


Saya gunakan setongkol benang ni aja  untuk buat beg di atas tu .  Kat Miri ni susah benar nak mencari benang2 yang berkualiti, benang yang ada jenis kualiti yang dot, dot, dot, dot - malas nak sebut nanti kena saman pulak :p

Misi seterusnya nak beli mesin jahit baru.  Saya suka - 1. mesin jahit yang ada computerised embroidery. 2. mesin jahit yang heavy duty khas untuk quilting. Kalau ikut nafsu dua2 saya nak  tapi kalau ikut budget kena pilih satu aja.  Satu lagi yang memening kepala saya - tak boleh nak memilih antara Jenome atau Benina. Pening2 - takut salah pilih, harga pulak tu mahal.  Kalau ada sesiapa yang dah  ada pakai ke dua2 mesin jahit ni, sudilah kiranya kongsi2 pengalaman ye.