Sunday, July 26, 2009

Word Cards ?????


Word cards ni saya beli di Chiayi (Taiwan) lebih kurang 7 tahun yang lalu. Duduk kat situ hampir setahun lamanya. Semasa setahun tu saya sempat belajar bhs mandarin kat Cheng Kung Universiti di Tainan. Word cards ni amat berguna untuk menghafal tulisan bahasa mandarin dan maknanya. Tapi yang nak saya cerita kat sini bukannya mengenai bahasa mandarin, sebaliknya saya nak kongsi idea yang di ilhamkan oleh Word Cards ini.

Kalau shopping saya ni jenis tak boleh tengok kain, asal aja cantik pasti saya rembat. Koleksi kain pun jadi bertambah-tambah. Masalah nombor satu, saya ni pelupa. Jadi bila shopping adakalanya saya terbeli kain jenis yang sama. Geram betul bila balik rumah sedar kain tu dah ada dalam koleksi.

Aha…. Word Cards ni solved masalah pelupa saya. Idea ni saya gunakan untuk buat Fabric Tag. Saya lekatkan kain kat sekeping kad ukuran 1½ X 2 inci, di belakangnya saya tuliskan berapa meter, harga kain dan kat mana beli dll. Kalau pergi shopping Fabric Tag ni very handy untuk orang yang pelupa macam saya. Selain dpd itu info yang ada kat fabric tag ni really useful apabila kita nak buat sesuatu projek, tak payah lah kita nak bongkar semua kain-kain kita sebab semua info dah ada kat hujung jari. Horray!!!! Selamat Mencuba.


Tadaaa…. Ni dia Fabric Tag Ku!!






Yang ni versi bantai aja apa2 yang ada – gelang getah bekas ikatan sayur. Tak payah beli2 murah lagi.



2 comments:

  1. Hello my friend!!
    Welcome to the world of quilting bloggers!!! Now I can see what you are up to!!! I love your idea!!! I have to agree that I also found myself buying fabrics that I already have in my stash!! Very embarassing!! Good thing, Luke doesn't know about it or else he'll be teasing me all the time!!! LOL

    ReplyDelete
  2. Lol. Which version will u pakai metal ring or gelang getah.

    ReplyDelete