Wednesday, December 15, 2010

GIVEAWAY yang PERTAMA (7/12/2010)

SUKA  TAK ?


Crochet Coasters for Teapot and Mug

Ole2 dari Sarawak
(Alas meja 'Pua' , 'Anjat' manik , Uncang manik & Belt yang di perbuat dpd kayu)


Japanese Cotton Fat Quarters
(sorry quality gambar tak memuaskan : ( -ambil gambar waktu mlm)

  
(Made in Vietnam - Hand Embroidered - Silk Bag)

 
(Handicraft assoceries)
 
SALAM MAAL HIJRAH SEMUA. Punyalah lama nya saya tak update blog ni, sampai password pun dah lupa.  Masa saya kena di bahagi kat 3 tempat - Miri, Seremban dan Hanoi.  Huuhuhuu.... punyalah penatnya.......letih terbang kesana kemari  : (

Sempena Maal Hijrah ni saya nak buat giveaway:

Syarat-syaratnya;
  • Senang aja, beri komen - kata nak ikut serta giveaway.
  • Terbuka untuk semua.
  • Sesiapa yang share news giveaway ni kat blog dia, akan dapat 2 undian - the more the merrier. (jgn lupa beritahu, takut nanti dpt satu undian aja)
Tarikh tutup 1hb Januari 2011.

Punyalah azabnya nak upload gambar2 ni (CELCOM broadband - GERAM) - yang selebihnya nanti saya upload dari Miri dlm sehari dua lagi ..........................TUNGGU............   : )


Saturday, September 25, 2010

My Love And Hate Relationship With............


APPLIQUE

( Sneak Peek )

Hey! Don't get me wrong, I LOVE applique as long as I am not the one who does the stitching especially hand stitching. I just could not get it right. Arghh............how I missed my sewing machine. My second attempt doing applique, the first attempt (honeybee) left hibernating in the wardrobe.


P.S, Janet, how I envy you! Wish I got your patience to finish this applique.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


P.S,  Tahun ni beraya dengan hubby kat Hanoi - yang sedih nya walaupun hariraya hubby kena kerja juga.

Tuesday, August 10, 2010

Monday, May 31, 2010

I have been thinking about IT for quite sometime........

At last, FINALLY I took the plunge.....and the damaged cause me RM10K.  BUT I am happy, happy, happy, LOL cause of my happiness is..........JANOME MC350C

Malas dah nak fikir panjang2 saya beli aja Mesin sulam JANOME MC350C plus Pakej Home Based Business kat Epal. Baru 3 hari menghadiri kursus dah demam. Dalam demam2 tu dapat juga mengodek2 mesin ni kat rumah.  Seronok main dengan new TOY ni.

Pejam, celik, pejam, celik tau2 dah penghujung bulan, nampak gaya ni lah satu2 nya entri saya untuk bulan Mei - hmmmmmm malas betul nak update blog ni

Bulan Mei ni saya sangat sibuk, dalam sibuk tu saya sempat buat beg untuk makcik saya.  Makcik saya ni fussy dengan warna, tak suka warna yang terang - nak yang hitam.


Semasa beli kain untuk beg ni saya bertawakal aja kerana kain tak 100% hitam.  Nasib baik lah Makcik suka walaupun ada campur2 putih.


Saturday, April 3, 2010

Crochet : Friendship Bag



Beg ni saya buat khas untuk Fida ,  coz kesian Fida friendship beg dia tak timbul (both of us joined the friendship bag swap).  Saya bernasib baik ada menerima FBS yang di kirim dari US. FBS saya, yang saya kirim ke Norway (dari ems tracking yang saya buat) dah lama sampai tapi si penerima sepatah kata pun tak khabar kan kat saya. Seharusnya beg ni dibuat dari kain ala2 patchwork gitu, tapi di sebabkan mesin jahit saya meragam terpaksa lah saya buat dalam bentuk crochet.


Saya gunakan setongkol benang ni aja  untuk buat beg di atas tu .  Kat Miri ni susah benar nak mencari benang2 yang berkualiti, benang yang ada jenis kualiti yang dot, dot, dot, dot - malas nak sebut nanti kena saman pulak :p

Misi seterusnya nak beli mesin jahit baru.  Saya suka - 1. mesin jahit yang ada computerised embroidery. 2. mesin jahit yang heavy duty khas untuk quilting. Kalau ikut nafsu dua2 saya nak  tapi kalau ikut budget kena pilih satu aja.  Satu lagi yang memening kepala saya - tak boleh nak memilih antara Jenome atau Benina. Pening2 - takut salah pilih, harga pulak tu mahal.  Kalau ada sesiapa yang dah  ada pakai ke dua2 mesin jahit ni, sudilah kiranya kongsi2 pengalaman ye.


Wednesday, March 31, 2010

Kelas Beading

Bulan Feb/Mac saya meluang masa mengajar buat bag manik.  Menganyam manik ni perlu kesabaran, kalau tak ada kesabaran tak kan menjadi.  Kalau buat salah kena lah buka dan buat semula.

 Sepasang kembar (Amila dan Amilah) sedang asyik menganyam manik

Amila (kakak) kalau buat salah dia akan buka dan buat semula - jenis yang strictly follow the rules.

Amilah (adek) jenis redah aja - janji siap dan menjadi beg.

Beg yang ini mengikut paten asal - Guess siapa yang punya beg ni !

 Beg yang ni pula kena tukar style - kerana hitungan tak cukup (main redah aja) tapi not bad masih nampak menarik hanya kalau buat closeup nampak lah cela nya .  And guess siapa tuan punya beg ni ! 

Friday, March 12, 2010

Legasi Ibu.

Mengait renda adalah salah satu daripada legasi penginggalan arwah ibu pada saya.  Saya mula mengait renda ni pada umur yang agak muda sekitar  enam tahun.  Handicraft renda ini agak bermusim bagi saya, contohnya dalam sebulan kebelakangan ni saya mengajar anyaman manik - jadi sambil mengajar saya mengait renda.

Ini dia hasil terapi minda saya...


Coasters untuk teapot dan mug.

Thursday, March 11, 2010

Hari2 yang berlalu.........

Semakin hari saya semakin malas nak update blog ni. Bukan nya tak ada buat apa2 - sebenarnya terlalu banyak yang nak di buat hingga kan saya tak tahu yang mana satu nak di dahului. Pabila kepala dah berserabut terapi yang terbaik untuk saya ialah - HANDICRAFTS. Tak kiralah, buatlah apa2 aje, asalkan menyenangkan hati dan mata. Kebelakangan ni pula saya menerima tempahan buat carrier untuk buku persediaan mengajar.......mesin jahit pulak meragam.....huuhuuu huahuaaa. Nak minta beli yang baru agaknya......geng, geng.....kesian hubby!

Salah satu daripada hasil terapi minda saya.....layan je.


Oopps......Quality Control !



Drawstring Batik Tote Bag - Patern dari buku jepun.

Friday, February 19, 2010

Happy Anniversary

19th February is my Wedding Anniversary.  AM  I  HAPPY ???  A  big  NO.  Huhuhuuu...I'm home alone ( not really I got Blackie) hubby dah kena posted ke Hanoi.  Sedih....nak buat macam mana? Redho aja lah  lagi pun hubby jauh kerana cari rezeki.  Hubby baru aja pergi, baru 22 hari - hitung lagi tu lalalala...menghitung hari nak terbang ke Hanoi.  Itu pun kalau saya dapat settle semua perkara kat sini secepat mungkin.  Hehemm...banyak sangat nak di buat, itulah..inilah...kat situlah...kat sinilah...dll...PENING ! Tenang...tenang...jangan stress...stress...nanti lekas tua!

Tadi terfikir nak tempel wedding photos tapi I changed my mind, takut hubby tak berkenan gambarnya di tempel kat sini. Dia tu private sikit orangnya. Sebagai ganti nya layan ajalah kad di bawah ini ;


Pada mulanya saya nak adakan giveaway sempena wedding anniversary ni, tapi hadiah2 nya belum semua siap. Mobile phone pouch (1 beading dan 1 crochet) dan tote bag dah siap , ole2 dari sarawak dah dibeli, tapi ada benda yang saya tempah khas tu sibijik pun belum siap.  Macam mana ni, ialah saya tahu susah nak buat, tapi saya dah tempah dua bulan yang lalu. Tak apalah kita tunggu, kalau saya, tak kuasa nak buat - boleh berbulu bijik mata !!!!

So conclusion nya: GIVEAWAY most probably di adakan pada bulan Mei (birthday saya) or Ogos (birthday blog ni).  Kalau bulan Mei, hadiah2 hanya ole2 dari Sarawak.  Kalau bulan Ogos, hadiah2 ada additional ole2 dari Hanoi.

Feedback plz....May  Or August !

Thursday, February 18, 2010

3 - in - 1

Tiga dalam satu ?  Bukan kopi ye tapi hadiah harijadi, hari kekasih dan hari guru, oopps lupa hadiah cny - dah jadi 4 tu.  Hadiah ni di buat khas untuk kawan saya Serimah.



Ini dia hadiah nya - kira2 macam carrier bag untuk buku persediaan mengajar - kawan kita ni cikgu.

(Psst...sori buku persediaan mengajar tu nampak comot - buku tu buku tahun 2007, saya pinjam untuk buat sukatan.  Heheee... .jangan marah cikgu, buku cikgu kena tempel kat blog ni.)

Thursday, January 28, 2010

Batik Bag No.1


Paten beg ni saya ambil dari majalah jepun 'DressMaking'.  Dah lama berkenan  tapi malas nak darft paten.  Lagi pun semua instructions dalam bahasa jepun. Semalam saya draft, potong dan siap jahit hari ni.  Tak lah susah mana hanya penyakit malas ni kalau udah bersarang susah sikit nak naik kan semangat.

Paten asal beg ni ala2 tote beg kecik lagi cute, saya besarkan size nya dan panjangkan tali - senang sikit kalau sandang kat bahu.

Batik Shoulder Bag


Style shoulder beg ni sesuai untuk kegunaan kaum lelaki.

Beg ni dah siap rasanya lebih kurang seminggu yang lepas.  Tak tau lah semenjak dua menjak ni malas betul nak update blog ni - sibuk ada malas pun ada. Keadaan rumah yang tunggang langgang juga memeningkan kepala saya. Beg ni salah satu dpd beg2 yang Aunty Mag tempah.

Saturday, January 23, 2010

Making of a HAT

It seems to me that time passes so fast; 2/3 of January has passed by. I’m having difficulty in concentrating on my sewing. Our house at the moment is not a conducive place in which to do anything. We removed our stuff from storage last Wednesday. Our house is really topsy turvy, stuff all over the place even spilt over to the patio. Sure is life………full of bliss emmmm.


Yesterday I managed to cut and complete the sewing of a hat. This is my first attempt, I had been thinking about doing it for quite sometime but kept putting it off. The out come……It’s OK….. but I am not fully satisfied….. It needs lots of improvement.



Polka Dot N Stripe Set.

Friday, January 1, 2010

Bye 2009, Welcome 2010

Happy New Year.

Alhamdullillah tahun 2010 membawa lembaran baru dan berita yang gembira. Tahun 2009 terlalu banyak dugaan dan rintangan yang sangat mencabar ketabahan.  Tahun yang berbaur dengan suka dan duka.  Kepiluan adakalanya tak dapat di bendung terutama sekali bagi yang pergi untuk selama-lamanya.  Kita redha dalam tangisan. Dalam duka ada suka dan kehidupan perlu di teruskan.Tahun 2009 juga tahun gembira bagi anak2 buah yang mendiri masjid, memula dan membina kehidupan yang baru.

SELAMAT PENGANTIN BARU,
di iringi doa semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah, dipanjangkan jodoh dan bahagia hingga akhir hayat.